Wednesday, July 28, 2010

SEJAUH MANAKAH PENTADBIRAN PIHAK SEKOLAH MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEREKA???

HARI INI DALAM SEJARAH-29.7.2010

Sebaik sahaja saya pulang dari sekolah,saya terus mendapatkan komputer riba.
Peraaan marah dan tidak puas hati yang membuak-buak dalam diri membuatkan saya segera ingin melontarkan pandagan dan pendapat saya di mata dunia.
Pada masa dan ketika ini,begitu banyak perasaan yang bercampur-baur dalam fikiran dan benak hati saya.

HARI INI DALAM SEJARAH,buat pertama kalinya saya terkejut dangan sebuah pentadbiran pihak sekolah di kawasan saya yang mengambil tindakan seolah melepaskan batuk ditangga.Seorang murid sekolah rendah yang berumur 8 tahun(darjah 2) yang menunggu di pondok pengawal sekolah dari jam 9.30 pagi sehingga 2 petang.Tanpa dihiraukan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Begini ceritanya,murid ini ada hari sukan sekolah yang tamat pada jam 9.30.
Namun mungkin murid ini tidak menyerahkan surat kepada warisnya mengenai waktu persekolahannya pada hari tersebut.Dia tersilap dengan menyatakan pada ayahnya bahawa dia bakal tamat persekolahan pada jam 2.30 petang.Dia tidak ingat nombor telefon warisnya.Maklumlah,murid darjah 2 la katakan...

Namun,apa yang saya sangat kesali ialah,pihak pentadbiran sekolah hanya menghiraukannya.Pengawal keselamatan di sekolah tersebut membawa murid itu ke pejabat sekolah dan memaklumkan hal tersebut,malangnya pihak sekolah hanya melepaskan tanggungjawab mereka.

PERSOALANNYA,dimana tanggungjawab pihak sekolah dalam menjaga kebajikan murid sekolah???Sememangnya pihak sekolah tidak menyimpan rekod atau maklumat murid???Tidak ada nombor telefon waris yang disimpan untuk dihubungi???

Guru sekolah tersebut hanya membiarkan muri itu untuk ters duduk di situ selama 5 JAM!!!Tanpa murid itu makan tengahari!!!Dimana peranan pihak sekolah dalam menjaga kebajikan murid??Dimana belas kasihan dan simpati manusia yang sepatutnya dimiliki setiap insan???

MEMALUKAN!!!MENYEDIHKAN!!!PILU!!!GURU YANG MEMPUNYAI PEKERJAAN MULIA DAN DIPANDANG TINGGI KERANA MENDIDIK ANAK BANGSA TIDAK MEMPUNYAI SIFAT KEMANUSIAAN!!! MEREKA CUBA MENERAPKAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH SEDANGKAN DIRI MEREKA SENDIRI BELUM MEMPAKTISKANNYA!!!

*tidak dituju kepada semua guru,hanya meluahkan perasaan dan pandangan...

No comments:

Post a Comment