Wednesday, July 28, 2010

SEJAUH MANAKAH MARTABAT BAHASA MELAYU PADA HARI INI?

SEJAUH MANAKAH MARTABAT BAHASA MELAYU PADA HARI INI?

Sedarkah anda semua warga Malaysia,bahawa pada hari ini martabat Bahasa Melayu hanya berada pada satu tahap yang menyedihkan.
Saya sedar bahawa saya juga merupakan seorang anak Melayu,tetapi melihatkan perkara yang tidak menyenangkan hati ini saya bertindak untuk menulis blog ini.
Mungkin bakal ada seorang anak Malaysia yang lain yang akan membaca blog ini.
Tidak kiralah apa jua bangsa anda,agama,kepercayaan,status mahupun darjat anda,selagi anda dilahirkan di bumi tercinta di Malaysia ini,anda merupakan ANAK MALAYSIA.

Tetapi,sedarkah anda sejauh mana anda sayangkan dan menghargai bahasa Melayu???
Hendak nilai diri???

1)Kalau anda ada FACEBOOK,TWITTER,BLOG dan lain-lain lagi...
cuba anda teliti berapa perkataan yang anda gunakan dalam Bahasa Melayu berbanding
Bahasa Inggeris???

2)Dalam kebanyakkan bahasa pertuturan yang ada gunakan,ianya adakah Bahasa Melayu???

*Tidak menyalahkan mana-mana pihak yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu.
*Tidak juga menolak dan anti kepada bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris.

Sesungguhnya saya juga sedar,bahawa dalam "posting"saya sebelum ini,saya menggunakan Bahasa Inggeris.Namun,setelah menonton sebuah rancangan temubual yang dipaparkan di sebuah stesen televisyen milik kerajaan iaitu RTM,saya mula sedar bahawa saya merupakan seorang anak Melayu dan anak Malaysia.Jika bukan saya,siapa lagi mahu memartabatkannya???




No comments:

Post a Comment