Thursday, April 7, 2011

EPISODE 1

EPISODE 1
23.10.2010- merupakan tarikh keramat kerana ianya merupakan permulaan kisah suka duka.Kisah suka duka yang tidak mungkin dapat diselami oleh insan lain.Nama pangilanku Wawa.Aku merupakan seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah sekolah yang terletak di daerah Kulim di Kedah.Sebuah pekan kecil yang bertaraf bandar baharu.Tempatnya sedang mula membangun.Pelbagai banggunan besar dan pasaraya yang baru mulai dibina kerana potensi sebuah pekan kecil ini untuk membangun sangat besar.Ianya memandangkan populasi penduduknya yang saban hari meningkat.Pada tarikh keramat ini,aku telah mencecah 16 tahun 9 bulan 11 hari.Masih muda remaja,segalanya ingin dicuba tanpa sebarang halangan biarpun rintangan yang mendatang.

Pada tarikh keramat ini,menemukan apa dengan si dia.Semuanya kerana satu laman social yang sangat terkenal di serata dunia pada ketika itu,iaitu Facebook.Pada suatu hari,ketika kesejukan bayu malam melanggar tubuh ku yang lesu,letih akibat pelbagai aktiviti yang perlu aku tempuhi sepanjang hari.Aku masih ingat,ianya merupakan hari Ahad yang merupakan hari pertama permulaan sekolah bagi negeri Kedah.Keletihan tersebut aku telan kerana alah bisa tegal biasa.Ketika sedang online menggunakan laman sosial Facebok,aku terkejut kerana tiba-tiba seorang lelaki yang tidak pernah aku sapa di laman sosial tersebut menegur aku.

“Weyh, accept cepat!aku nak tengok muka ang tol2..btoi cun ka dak..”
Itulah ayat pertama yang terpampang di chatbox aku pada ketika itu.Aku terkedu lalu tanpa berfikir panjang lalu mengklik satu link.Sambil menanti keseluruhan perisian tersebut siap dikemaskini,di dalam hati ku terdetik ‘Kenapalah mamat ni kurang ajar sangat,salam tidak diberi,hai pun tidak.Tiba-tiba terjah ja.Sudah la bahasa pula kasar,tak romantis langsung’.

Tiba-tiba,satu perisian yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan video secara percuma muncul.Ternyata aku tidak pernah mengunakan perisian tersebut.Ianya merupakan perisian yang bergelar WeChat. Memandangkan aku tidak pernah dan tidak tahu bagaimana hendak menggunakan perisian tersebut,lantas aku hanya mengklik sebarang link yang kurasakan perlu.

Tanpa disangka-sangka,imej lelaki tersebut terpampang di skrin komputer riba aku.Mata ku seakan-akan silau kerana secara tiba-tiba lampu kecil yang berada di sisi webcam menyala.Imej ku juga dapat dilihat lelaki tersebut.Malu!Aku berasa sangat malu pada ketika itu.Aku yang sedang berbaju tidur dan rambut ku dalam keadaan tidak terurus.Dia pula tidak berbaju malah hanya memakai seluar pendek.Aku berasa sangat janggal.Lidahku kelu seribu bahasa.

Dia yang ketika itu sedang bersama rakan-rakan serumahnya,melihat aku bagai terlihat hantu.Aku hanya tersenyum simpul kerana malu dan masih terkejut.Aku hanya mendengar dia dan rakan-rakannya ketawa melihat aku.Aku masih ingat kata-kata yang dituturkannya iaitu

“Mak ai,lawa weyh.”

Aku hanya ketawa kecil tanpa menghiraukan pertuturannya.Aku membuka profile lelaki tersebut di Facebook.Namanya ialah Roslan Rosli.Lantas aku membuka semua gambar-gambar miliknya yang terdapat di dalam album.Lantas dia memanggil aku.Aku hanya mengangkat kening dan ketawa kecil kerana tidak tahu dan keliru tentang apa reaksi yang sewajarnya aku lemparkan kepadanya.Dia hanya merenung wajahku dengan seribu makna.Matanya berkilau dan begitu bercahaya ketika pertama kali kamu bersua walaupun hanya di dalam talian panggilan video tersebut.

“Cantik macam bidadari”.Itulah ayat seterusnya yang dia lafazkan kepada aku.Aku rasa bagaikan di awangan.Perempuan mana yang tidak akan gembira dan khayal dalam lamunan dan pujian yang sangat romantis lagi menggoda.Berbeza dengan ayat yang dilafazkan pada awalnya ,kasar dan tidak berbudi bahasa.Namun semuanya berubah,setiap perkataannya sangat manis lantas menggoncang sanubariku sebagai perempuan.Pujiannya membuatkan aku rasa bagai terbang tinggi di awangan.Aku rasakan bagai akulah wanita yang paling istimewa,berharga,cantik dan sempurna.
Pada malam tersebut,kami terus bersembang dengannya tanpa rasa bosan dan jemu.Jam menunjukkan pukul 2 pagi namun mataku masih segar memandang lelaki yang berkulit putih,kacak,sasa lagi tegap tubuhnya,manis senyumannya,menggoda pula renungannya.Aku tidak mahu mengalihkan pandanganku walau sedikit kerana gayanya amat menarik perhatianku.Pada malam itu,aku tidak dapat tidur kerana bayangan wajahya sering bermain difikiranku.Aku tersenyum sepanjang malam.

…BERSAMBUNG…

*maaf jika ada sebarang kesalahan ejaan
*HAK CIPTA TERPELIHARA

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Adiba, kak hasnaa ni. SO far the entry nice, but better if u wanna use bahasa pasar, spell it full. It will be much more meaningful as for the readers. I'm not good in writing whether in malay nor english. Just take my 2 cents for u to make a step ahead in the world of writing. MAybe u can be the next JK Rowling kan?

    Erm dik, pengulangan kata 'lantas' dalam satu perenggan, pada setiap perenggan dgn pengulangan sebanyak 2 kali mcm x kena bila baca. =)

    This is my POV. CHAIYOK!

    ReplyDelete
  3. thanks kak hasna...
    nasihat yang sgt2 memberansangkan...:)

    ReplyDelete