Friday, April 8, 2011

EPISODE 2

EPISODE 2
24.10.2010-Sudah pastinya ketika mata ini mencelik memandang cahaya menusuk ke retina yang baru sahaja mulai aktif sedari pagi.Aku sudahmula ingatkan si dia.Roslan Rosli.Tetapi sebagaimana yang dikehendaki lelaki romantis itu,aku hanya memanggilnya sebagai Lan.Lebih ringkas katanya.Embun pagi yang punyai aroma tersendiri mengejutkan semua deria sensitif yang ada dalam tubuhku.Sebaik sahaja keluar melangkah bersama uniform biru menuju ke sekolah bersama sepatu hitam itu,aku dihindang dengan wangian bunga-bungaan yang ditanam ibuku.Sebaik membuka pintu kereta sebelum hendak masuk dan duduk diatas kusyen empuk itu,aku berteriakan seperti hari-hari lain. “Mak,adik pi sekolah dulu.Bye.Assalamualaikum”
Namun,sesuatu yang berbeza dapat aku rasakan.Senyuman penuh makna yang kubawa bersama tidur lena yang dibuai mimpi indah semalam,masih bersamaku.Tidak dapat aku nafikan,aura tersebut sangat mempengaruhi aku,sehinggakan pipi terasa kebas.Lidah kelu seribu bahasa.Sudah pasti,ianya merupakan kesan daripada perbualan berjam-jam lamanya antara aku dan Lan.Sepanjang hariku ketika berada di sekolah pada hari tersebut,ku rasakan amat panjang.Bagai ingin sahaja aku pusing jarum jam agar biarlah masa berlalu pergi dengan pantasnya.Di dalam fikiranku,hanyalah bayangan wajahya,di telingaku masih terngiang-ngiang suara matang,masih dapat aku gambarkan renungannya yang memikat.
Seharian aku hanya tersenyum sepanjang hari ketika berada di sekolah.Entah apa yang guruku ajarkan.Tidak faham walaupun sepatah yang guruku leterkan.Aku hanya menghiraukan semua hiruk-pikuk yang terjadi di sekelilingku.Jam tangan Pei Ying, rakan yang duduk di sebelah kiri ku itu sahaja aku perhatikan.Menanti agar setiap detik apa mungkin lebih pantas berlalu.Pei Ying yang amat karib denganku di sekolah,tersedar akan perubahan yang terjadi terhadap diriku sepanjang hari tersebut.Dia hanya ketawa kecil dan sekali-sekali menjeling terhadapku.Namun aku sudah masak benar dengan caranya,bukan niat yang negatif,tetapi itu memang sudah gayanya.
Ketika Guru Mata Pelajaran Matematik Tambahan masuk dan mula mengajar ketika jam 12 tengahari,aku rasa bagaikan hendak bangun sahaja dari kerusi kayu lagi keras itu lalu bingkas lari keluar .Hal ini kerana aku sudah pasti apa sahaja yang bakal guruku ajarkan hanya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.Kalau silap hari bulan,dinding kelas juga mungkin tembus akibat renungan kosong tanpa makna daripada ku.
KRINGGGG!!!!Ya.Itulah bunyi yang aku tunggu-tunggu.Saat yang aku nanti-nantikan.Waktu untuk aku pulang ke rumah.Aku segera menyimpan buku-buku dan alat tulisku.Kesemuanya aku masukkan ke dalam beg tanpa disusun terlebih dahulu kerana sudah tidak sabar melangkah keluar dari kelas.Setibanya di pondok menunggu,kereta Naza Ria milik ibuku masih belum kelihatan kelibatnya.Hariku ku mula resah,gundah gulana.Pastinya,aku tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu online dan mengetahui perkhabaran Lan.
Setibanya di rumah,computer riba segera dicapai walaupun belum sempat stoking di kaki kubuka.Aku kembali tersenyum lebar,dengan penuh keriangan yang meluak-luak kerana Lan awal-awal lagi telah meninggalkan mesej di akaun Facebook milikku.Aku menanti Lan pulang dari kelas memandangkan dia seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Kulim iaitu Politeknik Sultanah Bahiyah.Dia menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Pada petang itu,kira-kira jam 5 petang Lan pulang dan kami pun mula chat dan bersembang.Masihku ingat,pada ketika itu aku telah dapat satu pakej ganjaran daripada Celcom.7hari panggilan percuma ke mana-mana nombor.Ketika sedang chat bersamanya,tiba-tiba Lan meminta nombor telefon bimbitku dengan alas an lebih mudah bagi kami untuk berhubung dengan lebih rapat lagi.Lanta aku memberikan nombor peribadi telefon bimbitku yang tidak diketahui oleh teman-temanku yang lain.Nombor tersebut hanya aku khaskan bagi keluarga terdekan dan kini Lan memilikinya.Wajah kegembiraan yang terpancar di wajahnya masih tergambar difikiranku sehingga kini.
Pada hari tersebut,kami berbual di telefon berjam-jamlamanya sambil melihat imej masing-masing ketika webcam di Skype.Sempat imejnya aku rakamkan di memori computer riba.






Tanpa letih dan jemu,kami berbual bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai diri masing-masing.Seperti biasa,dia sering memuji diriku.Aku diibaratkan bagai bidadari yang indah.Kadang-kadang,dia memanggilku “Hantu Cantik” kerana katanya bayangan wajahku sering menghantui fikirannya.Aku ketawa kecil sambil hatiku dipenuhi dengan kegembiraan bunga-bunga dan bibit-bibit permulaan ceritera cinta antara kami berdua.

Tiada siapa yang mampu mengerti apa yang sedang aku rasakan ketika itu.Keagungan cinta suci yang indah bagai cinta miliknya Nabi Adam dan Hawa.Kami bersembang dan webcam bagaikan tiada hari esok.Bagiku dialah lelai yang terbaik lagi sempurna.Walaupun baru hari kedua perkenalan kami,namun dia telah mula memanggilku dengan panggilan “Sayang”.Walaupun dia jauh,namun kurasakan bagai sangat dekat kerana dia telah memiliki hatiku hanya dalam masa dua hari.Apabila dikenangkan kembali,bagai tidak logik namun cinta memang buta.Cinta buta yang tidak mengenal usia dan masa serta tempatnya.Aku hanya akur dibuai mimpi indah yang kini menjadi realiti tanpa disangka.

Malam itu,aku tidur dengan senyuman yang penuh seribu makna dan berharap malam akan berlalu pergi dengan pantas.

…BERSAMBUNG…


*harap maaf jika ada sebarang kesalahan ejaan
*HAK CIPTA TERPELIHARA
*nantikan episode 3 :)

2 comments: