Saturday, April 9, 2011

EPISODE 3

Setelah beberapa hari kami berhubungan,hatiku mula bertaut dan tak mungkin dapat dipisahkan lagi.Hampir mustahil bagiku untuk memikirkan perkara lain selain dirinya.Perhubungan yang semakin erat membuatkan segalanya kami kongsikan bersama.Setiap saat dalam setiap minit,setiap minit dalam setiap jam,setiap jam dalam sehari kami berhubungan tidak kiralah sama ada bermesej,webcam atau bertutur di telefon bimbit.Hanya dia dalam ingatanku.

Walaupun baru hari keenam perkenalan kami,dia telah melamarku untuk menjadi teman wanitanya.Jantungku berdegup kencang,bagai hendak sajaha luruh dari tubuhku.Hatiku tidak tenteram kerana asyik memikirkan dirinya.

Pada ketika ini,tiada sesiapa yang mengetahui mengenai perhubungan romantis lagi sempurna antara aku dan Lan melainkan sahabatku Ezleen.Aku telah berkawan dengannya sejak dari bangku sekolah rendah lagi iaitu ketika darjah 4 sehinggalah kini.Bagiku dialah sahabat yang boleh aku percayai dan boleh aku ceritakan segalanya.Persahabatan kami turut disertai Aina.Aku telah bersahabat dengannya sejak dari darjah 3 dan sejak itu kami belajar sekelas selama 7 tahun,3 tahun kami duduk bersebelahan di dalam kelas.Namun perbungan antara aku dan Lan hanya diketahui oleh Ezleen kerana sejak aku telah berpindah sekolah,aku semakin renggang dengan Aina.Lebih mudah untuk aku bercerita atau meluahkan sesuatu kepada Ezleen mungkin kerana rumahku yang berhampiran dengannya.

Pada hari keenam di mana hari Lan melamarku untuk menjadi menjadi wanitanya merupakan hari Khamis.Aku kelu lidah tanpa sebarang jawapan sama ada menerima lamaran tersebut atau tidak.Aku merasakan bagai masih terlalu awal bagi aku untuk menerimanya kerana ianya baru merupakan hari keenam perkenalan kami.Mana mungkin secepat dan semudah itu aku menerima seseorang dalam hati dan hidupku kerana perasaan serik dikecewakan oleh bekas kekasihku masih lagi berdarah.

Seperti hari-hari lain,kami webcam tanpa jemu dan tidak mengenal erti letih.Bagai tiada hari esok untuk disambung kerana perasaan rindu yang membuak-buak dalam hati.Tanpaku ramal,Lan mengajakku keluar kerana aku pernah berkata,aku hanya akan menerima lamarannya pada hari pertama pertemuan kami.Jadi dia pun beria-ia ingin bertemuku.

Perasan bingung dan keliru membelenguku.Tidak pasti sama ada aku patut bertemu dengannya atau tidak.Apa yang perlu aku beritahu kedua ibu bapaku?Jika kedua ibu bapaku tahu aku ingin bertemu Lan,sudah pasti leteran dan makian bakal aku terima terutamanya daripada ibuku.Silap-silap haribulan tali pinggang,penyangkut baju,atau apa sahaja yang menyakitkan bakal mencium tubuhku.Tidak sanggup aku membanyangkan kesakitannya.

Tiba-tiba,telefon bimbitku bedering.Rupa-rupanya ia merupakan panggilan dari Ezleen.Kebetulan Ezlen mangajakku keluar bersama-sama rakan-rakan yang lain.Aku merasakan bahawa ia merupakan peluang tebaik bagiku untuk bertemu dangan Lan buat pertama kalinya.Lalu tanpa berfikir panjang,aku bersetuju dan memberitahu perkhabaran tersebut kepada Lan.Ternyata ianya merupakan perkhabaran yang amat mengembirakan Lan.

Menjelang malam,aku tidak dapat lena biarpun berjam-jam mataku dipejam rapat.Hatiku gementar yang teramat sangat dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Maklumlah,nak jumpa kekasih hati buat pertama kalinya.Pelbagai perkara bermain-main difikiranku.Apa yang patut aku gayakan,wangian apa yang patut aku kenakan,kasut mana yang harus aku sarungkan,bagaimana solekan yang patut aku oleskan???
Ketika jam menunjukkan pukul 2 pagi,tiba-tiba Lan menelefonku bagai tahu bahawa aku tidak dapat lena pada malam tersebut.Dia menelefonku semata-mata ingin memberitahu bahawa dia sangat merinduiku dan tidak sabar ingin bertemuku pada keesokan hari.Dia jugak merasa gementar sepertiku.Sejurus mendengar suaranya,hatiku kembali tenang.Mataku pejam rapat sengan senyuman yang bibirku ukirkan dan dengan hati yang tenang ,aku tidur lena menantikan hari esok yang bakal penuh sejarah.

…BERSAMBUNG…

*maaf jika ada sebarang kesalahan ejaan
*HAK CIPTA TERPELIHARA
*nantikan EPISODE 4 yang lebih menarik..:)

No comments:

Post a Comment