Sunday, April 10, 2011

EPISODE 4

Mata mencelik,telinga mendengar leteran ibuku yang satu patah pun tidak dapat aku teladani,jantung semakin kencang berdegup.Seluruh deriaku teransang.Meremang bulu romaku tiada tentu arahnya.Apa yang bermain difikiranku sebenarnya???Aku sendiri tidak pasti.Bagai mahu rebah saja tubuhku ke bumi.

Melihat jarum jam yang menunjukkan waktu 10.35 pagi.Aku tersenyum sendiri bagai hilang kewarasanku.Baru aku tersedar dari kebingungan yang melanda.Hari ini,bakal melakar penuh sejarah.Sejarah yang sangat bermakna.Pada hari ini,buat pertama kalinya aku bakal bertemu dengan insan yang mencuri hatiku.Membawa hatiku pergi kemana sahaja jasadnya bergerak.Hatiku telah terpaut padanya dan pada hari ini,kami akan bertemu,bersua muka bertentang mata.

Aku bingkas bangun dari katilku lantas mengambil tuala merah jambu berbelang hitam yangbaru dibasuh itu lalu menuju ke bilik mandi tanpa katil empukku dikemas terlebih dahulu.Ku pekakkan sahaja telinga mendengar leteran ibuku yang menyuruhku agar mengemas katil terlebih dahulu dan membantunya membuat kerja di dapur.Namun,pada hari ini ada perkara yang lebih penting bagiku yang tidak dapat ditandingi oleh hal semustahak manapun.

Setelah tubuhku dibelai air dan wangian sabun mandian yang sangat menenangkan ,aku gayakan tubuhku dengan sehelai baju tidak berlengan berwarna hijau bersama sehelai seluar jeans biru gelap.Bersama jaket hitam kelabu aku kenakan dan tudung hitam bersulamkan benang hijau bertatahkan batu bersinar.Solekan ringkas pembayang mata dan mascara aku oleskan di wajahku agar seri.Kanta lekap kegemaranku yang berwarna kelabu aku lekapkan.Aku tahu,Lan sangan suka dan menggemari serta mengagumi wanita yang pandai menjaga keterampilan dan pandai bersolek.

Berdegup kencang jantungku,gementar tidak menentu.Nasi bersama lauk pauk menyelerakan yang disediakan ibu tidak aku jamah terlebih dahulu.Terasa kenyang kerana otakku hanya memikirkan dia,kekasih hatiku Lan.Tepat jam 12 tengahari aku menaiki kereta bersama abangku yang sulung.Sebelum terus ke tempat yang dijanjikan,kami pergi ke rumah Ezleen terlrbih dahulu dan menumpangkannya sekali kerana kami telah berjanji dan satu arah pula.

Setelah sampai ke tempat yang dijanjikan,pintu kubuka perlahan-lahan.Kaki yang bersarung kasut tumit tinggi melangkah keluar dengan penuh gaya.Lalu aku dan Ezleen mengucapkan terima kasih kepada abangku kerana telah sudi menghantar kami ke situ.Setibanya di sana,kami terus menuju ke tingkat dua di pusat membeli-belah tersebut kerana rakan-rakan yang lain telah samapi di sana terlebih dahulu.

Adam,Farhan,Syazmie dan yang lain-lain telah sampai lebih awal dan pada ketika itu,mereka sedang bermain bowling.Namun,bukan mereka yang terbayang difikiran dan hatiku pada saat itu,ternyata hanya Lan yang aku nanti.Berkali-kali aku menelefon Lan bertanyakan di manakah dia berada,kerana aku sudah tidak sabar.Tudung asyikku perbetulkan,solekan sentiasa aku kemaskan agar tiada yang comot.Ezleen yang mengetahui mengenai pertemuan pertama antara aku dan Lan hanya tersenyum dan sekali-sekala memerliku.Dia sahajalah yang cuba membuatku tenang dari terus berasa gementar.

Sekali lagi aku menelefon Lan namun tidak dijawab,aku semakin gelisah.Resah bertambah-tambah.Lalu aku menghantarkan pesanan ringkas ke nombornya namun tetap tidak bibalas.Bagai hendak menjerit sekuat hati biarpun ramai orang ketika itu.

Tiba-tiba…

Telefonku berdering,hampir sahaja ku campak telefon bimbitku kerana terkejut.Lan.Lan yang menelefonku lantas tanpa membuang masa, aku menjawabnya.Namun perkhabaran yang aku terima hampa belaka.Bagai ingin sahaja air mataku mengalir apabila Lan menyatakan bahawa dia tidak dapat menghadirkan diri untuk bertemuku.Aku mengomel seorang diri menyatakan kekesalan di hati.Lantas Ezleen cuba menenangkanku.

Tanpa diduga,satu pesanan ringkas telah sampai di telefon bimbitku.Jariku pantas menekan kekunci di telefon namun jika ikutkan hati,malas untuk ku baca mesej tersebut.Takut jika kekesalan dihatiku bertambah dengan kecewa.

“Sayang,bie ada kat cinema nie,datang la”.

Mesej itu membuatku melonjak gembira bagai ingin melompat setinggi awan di langit.Kakiku terus melangkah laju menuju ke tempat jualan tiket wayang.Aku terpandang dirinya lalu aku kakiku terhenti di tengah jalan.Kaku.Hatiku terlampau gembira melihatnya di hadapan mataku secara langsung bertantang mata.Tidak dapat aku gambarkan perasaanku ketika itu.Terlalu,terlampau dan teramat gembira.Matanya.Matanya besinar dan penuh dengan cahaya cinta.Wajahnya berseri-seri gembira bertumuku.Senyuman kami ukir bersama dan tidak dapat lekang lagi dari bibir.

Aku menghampirinya dan dia hanya melihat dan merenung tepat kemataku.Bagai ingin rebah ke lantai,kerana terlalu gembira dan tubuhku menjadi lemah longlai apabila renungannya menusuk tepat ke hatiku.Entah apa yang aku rasakan.Tapi apa yang pasti,hanya kami berdua yang mengerti perasaan di hati.Aku member salam dan disambunya dengan penuh kelembutan dan romantis.

“SAYANG CANTIK SANGAT MACAM BIDADARI,MUKA SAYANG BESERI-SERI”

Masih aku ingat kata-katanya yang membuatkan aku terbang melayang seketika.Dia menghulurkan baju yang berwarna hitam bercorak merah jambu seperti yang aku pinta.Aku pernah meminta kepadanya baju tersebut kerana inginku simpan.Namun apa yang lebih menggembiraka aku aoalah apabila dia mengeluarkan coklat kegemaranku yang dia sorokkan di sebalik baju itu.Aku melompat gembira,terkejut dan kagum.Entah bagaimana dia tahu bahawa coklat berperisa Blackforest itu merupakan coklat kegemaranku.Aku menyatakan perasaan kagumku kepadanya,namun dia hanya tersenyum ikhlas dan melafazkan “Bie kan kekasih hati sayang,apa yang saying suka mestilah bie tahu”.

Aku hanya terdiam dan senyum tanpa henti.Lalu aku bawa dia pergi bertemu rakan-rakanku yang masih berada di kawasan permainan bowling.Kemudian kami menonton wayang bersama-sama.Selepas itu,setelah seharian tidak satu suap pun makanan aku jamah,Lan mengajakku makan.Kami makan bersama dan ternyata dia seorang yang sangat romantis.Makanan dia suapkan kemulutku dengan penuh kasih saying tenpa rasa segan biar ada insane lain yang melihat.Baginya,percintaan kami hanya dunia kami dan hanya kami berdua yang akan tahu suka duka dan onak ranjau yang bakal kami tempuhi di hari muka.

Selepas makan,kami pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan penuh gembira.Bajunya menjadi peneman tidur malamku.Pada hari tersebut,barulah kami bersama mengumumkan tarikh rasmi permulaan perhubungan kami.

...BERSAMBUNG...


*maaf jika ada sebarang kesalahan ejaan

*HAK CIPTA TERPELIHARA




Gratisan Musik

No comments:

Post a Comment