Monday, April 11, 2011

EPISODE 5

Hari-hariku bertambah indah selepas pertemuan kami buat yang pertama kalinya.Kerinduan semakin menebal,setiap waktuku hanyalah untuk dirinya.Bunga-bunga cinta sedang mekar mewangi.Kini,jika kesekolah sekalipun,aku hanya tersenyum gembira.Kepulangan ku jua sudah pasti disambutnya dengan penuh harapan dan kegembiraan.Terkadang belum sempat menukar baju uniformku aku akan terus webcam bersama dia, cinta hatiku.Perhubungan indah dan sempurna kami itu berlanjutan dan terus mekar.

Namun dalam sekelip mata,semuanya bagai diracun.Bunga yang sedang mekar terus berubah menjadi layu apabila terkena racun yang disembur manusia durjana.

Suatu hari ketika sedang asyik webcam bersama Lan sambil “online” Facebook ku,tiba-tiba seorang wanita yang hanya aku ketahui sebagai Ekin menghantar satu mesej yang hampir membuatku rasa seperti separuh mati.Tanpa membuang masa,aku mengklik mesej tersebut dan membacanya.Wanita itu mengakui bahawa Lan merupakan teman lelaki istimewanya.

Luluh perasaan dan jiwa ragaku.Bagai ingin saja aku tinggalkan dunia yang menyakitkan ini.Dalam hatiku berkata sendiri “Ya Allah,janganlah Kau duga aku sekali lagi,cukuplah dengan apa yang telah terjadi”.Terus aku teringat akan kejadian apabila aku ditinggalkan bekas teman lelakiku.Kejadian tersebut meninggalkan kesan yang amat dalam kepadaku.Tidak sanggup lagi aku menempuhnya.

Wanita yang tidak aku kenali itu terus-terusan mempertahankan kata-katanya walau puas aku sangkal.Aku mempertikaikan,jika benar wanita itu teman wanita Lan,mengapa Lan berani meletakkan status perhubungan atau “relationship status” bersamaku.

Tidak mahu persoalan it uterus membunuhku,aku merujuk kepada Lan.Pada mulanya Lan cuba mengelak,namun selepas didesak barulah dya mengakui bahawa Ekin cuma teman lamanya.Lan sudah tidak ada apa-apa perhubungan dengannya.Dan kerana hal itulah dia berani meletakkan dan mempamerkan status perhubungan kami di khalayak ramai.

Tercabar kewanitaanku dan perasaanku.Hampir goyah kepercayaanku terhadap Lan.Namun jika sudah sayang dan cinta,apa pun dugaan bakal ditempuhi tenang.Aku cuba kembali berfikir waras dan rasional kerana apabila difikirkan kembali,tidak mungkin Lan akan curang dan berbuat perkara sedemikian terhadapku.Ternyata dia memang sayangkan aku.

Kata-katanya melembutkan kembali hati dan perasaanku yang bergolak seketika sebentar tadi.Ayat-ayatnya disusun rapid an penuh romantic.Katanya ,tidak mungkin ada insan lain yang mungkin dicintai dan disayanginya kecuali aku.Bibit-bibit percintaan kami yang pudar seketika akibat diracuni oleh orang ketiga kembali pulih.

Pada saat dan ketika ini,aku mulai sedar dan menyakini sepenuhnya kepada Lan.Apa jua onak ranjau pasti akan kami tempuhi bersama.Itu janji kami.


*maaf jika ada sebarang kesalahan ejaan

*HAK CIPTA TERPELIHARA




Gratisan Musik


No comments:

Post a Comment