Wednesday, January 19, 2011

MENGHARGAI DAN DIHARGAI...

bunyinya macam senang...
tetapi x mudah seperti yang disangka..x semua orang boleh melakukannya...

DIHARGAI...
sesuatu yang diharapkan setiap insan yang hidup dalam komuniti..
tidak kiralah sama ada komuniti yang kecil mahupun besar..
keperihatinan setiap insan yang hidup dan tinggal di sekeliling kita amat penting
perasaan dihargai amat berharga dan bermakna...
walaupun hanya dengan ucapan "TERIMA KASIH"..
ianya boleh mengubah hidup individu lain menjadi lebih bermakna,gembira,sempurna dan yang paling penting ialah positif..
hanya dengan perkataan semudah itu,ianya akan memberikan satu aura positif yang bakal merubah hidup orang laen...

MENGHARGAI...
lebih mudah untuk menyebutnya berbanding malakukannya...
menerimanya lebih mudah daripada memberikanya...
bukan sesuatu yang mudah umtuk dilalukan tetapi tidak sukar bagi sesiapa yang mempunyai keperihatinan dan sikap perikemanusiaan yang tinggi...
walau sebesar atau sekecil manapun perkara yang dilalakukan seseorang..
tetapi ianya berharga..jadi hargailah insan tersebut..
bukan setiap insan yang melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan ganjaran atau balasan...
tetapi dengan sedikit penghargaan merupakan satu nikmat yang tidak ternilai...

jadi..sama-samalah kita menghargai antara satu sama lain..
PEACA NO WAR...:D

No comments:

Post a Comment